Isnin, 18 Mei 2009

Kami syg kamu....sungguh

Lebih kurg 15 tahun yg lalu iaitu tanggal 27 Disember 1994 dia dilahirkan. Amierul Hafzan...itulah nama pilihan aku. Anak sulong Kakna, cucu pertama ma dan abah dan anak buah pertama untuk kami adik beradik. Dia ditatang bagai minyak yg penuh. Oleh krn sbb2 yg tertentu...dia dibesarkan oleh ma dan abah dan sekaligus dia turut sama dimanjai kami sekeluarga. Aku tak dpt ungkap dgn kata2 betapa aku kasih dan syg dia. Begitu jgk dgn adik beradik yg lain. Hanya tuhan yg tahu betapa kami menyayanginya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Biasalah...cucu yg dibesarkan oleh nenek...tak sematang usia, tak mampu nk berdikari, degil. Mungkin itu kesilapan kami yg terlalu manjakan dia. Kami sekeluarga terpaksa dan telah membuat kata sepakat menyerahkan dia kpd uminya. Pada ahad lalu iaitu 17 Mei 2009 Kakna telah mengambilnya utk tinggal bersama-samanya di Johor. Aku menangis mcm org mati laki kat KL ni. Mcm la Amierul tu nk tinggal dgn mak tiri. Bila difikirkan...aku redha semua itu. Hanya itu yg terbaik utk dia. Aku nk dia tau...bkn kami tak kasih dan sygkan dia lg. Kami nk dia berjaya dan mampu lakukan terbaik utk diri dia sendiri. Aku harap sesgt Kakna dpt mencurahkan sepenuh kasih syg seorg ibu pd dia sama spt anak2 yg lain. Bentuk, tunjuk, bimbing dan ajarla dia setakat yg Kakna mampu. Ketahuila yg kami semua teramat sygkan Amierul.


- 2006..masa ni umor dia 12 thn..aku bawak dia bercuti kat Genting -

- salah satu aktiviti kegemarannya...lasak -

- Cunie...membelainya mcm anak sdiri -

- Dah pandai bergaya skrg -

- bersama adik beradiknya -

Moga dia lebih gembira dan ketemui kebahagiaan yg dicari selama ini...

Ciksue syg Abe Yong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan